Berita

Terima Kasih Jayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih kepada orang ramai dan kakitangan yang telah bersama-sama dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Kementerian Wilayah Persekutuan dan Parlimen Putrajaya yang berlangsung hari ini di Perbadanan Putrajaya.

“Alhamdulillah majlis Rumah Terbuka Aidilfitri lancar dan ramai yang telah hadir bersama-sama. Terima kasih pada semua yang telah bersama-sama saya sepanjang majlis tadi, pada kakitangan Kementerian, semua warga Parlimen Putrajaya, AJK dan ahli-ahli UMNO Bahagian, dan warga Putrajaya serta orang-ramai yang telah menjayakan majlis Hari Raya tadi.

“Saya gembira melihat masyarakat pelbagai kaum datang untuk bersama-sama dalam majlis ini, dapat kita sama-sama berkongsi kemeriahan hari raya dan saling beramah mesra antara satu sama lain.

“Syukur Alhamdulillah, negara kita aman sejahtera maka kita dapat berkumpul beramai-ramai. Saya memohon maaf jika ada kekurangan atau tidak dapat memuaskan hati semua pihak,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

13775557_1062750767093538_7055101724260167310_nIMG-20160721-WA0058

IMG-20160721-WA0055

20160721_132526

IMG-20160721-WA0074

IMG-20160721-WA0070

IMG-20160721-WA0069

IMG-20160721-WA0068

IMG-20160721-WA0064

IMG-20160721-WA0062

IMG-20160721-WA0061

IMG-20160721-WA0060