Berita

1,000 Warga Putrajaya Jalani Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Program Jom Bantu Rakyat Sihat Dan Ceria

PUTRAJAYA – Hampir 1,000 warga Putrajaya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai kemudahan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma dalam program Jom Bantu Rakyat Sihat dan Ceria di Kelab Tasik Putrajaya di sini hari ini.

Program sehari yang bermula 8 pagi hingga 3 petang yang dianjurkan dengan kerjasama MIC Wilayah Persekutuan itu dirasmikan oleh Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapan perasmiannya, Tengku Adnan berkata program seumpama ini diadakan bertujuan mempromosi penjagaan kesihatan sihat di kalangan penduduk Putrajaya dan mengesan penyakit seperti kencing manis, berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggilebih awal.

Katanya, ini merupakan program kesinambungan yang dianjurkan di Setiawangsa dan Bandar Tun Razak dan disertai kira-kira 12 pakar perubatan dari Kementerian Kesihatan.

“Program kali ini mempunyai sedikit perbezaan kerana pihak penganjur menyediakan doktor pakar secara terus kepada pengunjung bagi memeriksa tahap kesihatan termasuk pemeriksaan jantung, mata, kencing manis, tiroid, mamogram, pap smear dan sebagainya.

“Kita juga menyediakan pemeriksaan katarak dan memberikan cermin mata percuma kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bagi membantu meringankan bebanan mereka,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan dan Ketua MIC Putrajaya S.Segarmurthy.

IMG-20170510-WA0030

IMG-20170510-WA0033

IMG-20170510-WA0034

IMG-20170510-WA0035