Rencana

Salam Takziah… UMNO Putrajaya Rakam Rasa Dukacita Kepada Keluarga

PUTRAJAYA –    Seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga En Mohamad Irhan dan Pn Sharifah atas kembalinya ke rahmatullah anakanda beliau Muhammad Nabil Haris Mohamad Irhan.

Allahyarham Muhammad Nabil Haris,12 tahun telah meninggal dunia petang semalam akibat kemalangan jalan raya.

Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah bersama-sama ahli keluarga dan kominiti setempat di Surau Abu Bakar As Siddiq, Fasa 5A, Presint 9, di sini dalam menguruskan jenazah.

Semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan kesabaran di atas kehilangan anakanda tersayang dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah – UMNOPutrajaya