Aktiviti & Komuniti

‘Merdeka Community Bonding’ Suntik Semangat Patriotik Dari Awal

PUTRAJAYA – Pelancaran Program ‘Merdeka Community Bonding’ peringkat Parlimen Putrajaya dilaksana bagi menyuntik kesedaran awal kepada rakyat mengenai sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos hadapan dan untuk meningkatkan tahap patriotik serta cintakan negara secara menyeluruh.

Program yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini telah diadakan di Perumahan Penjawat Awam Fasa 14-7, Presint 14, hari ini.

Dalam program ini juga, Datuk Seri Tengku Adnan telah menyerahkan bendera ‘Jalur Gemilang’ kepada wakil komuniti setempat di sini untuk dikibarkan di kawasan masing-masing.

Sambutan Bulan Kemerdekaan akan dilaksana pada Ogos menjelangnya tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos. – UMNOPutrajaya