Isu Semasa

Guan Eng Dituduh Minta Rasuah 10 Peratus Projek Terowong Bawah Tanah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dituduh meminta rasuah berhubung projek terowong bawah tanah
Menurut pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Guan Eng meminta rasuah daripada keuntungan yang bakal diterima oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli sebanyak 10 peratus.

Rasuah yang diminta dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu sebagai upah untuk membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di negeri itu.

Menurut laporan media, Zarul Ahmad merupakan Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (ZCSB) iaitu syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut tertuduh berdepan dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Guan Eng juga akan menghadapi dua pertuduhan serupa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang minggu hadapan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Hakim Azura Alwi.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Jika disabitkan bersalah, Guan Eng akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dilaporkan, semalam, Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai proses akhir siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.341 billion. – UMNOPutrajaya