Demi Rakyat Bantuan Terus Dilaksana, Pemuda UMNO Tetap Jadi Pemudahcara

PUTRAJAYA – Usaha bagi memastikan rakyat terus mendapat bantuan khususnya barangan makanan dan keperluan dapur sentiasa dilaksana dengan pelbagai alternatif dilakukan.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedaya upaya mahukan warga Putrajaya mendapat pembelaan lantaran menyedari kesulitan dan keperitan yang dilalui rakyat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat terpaksa dibuat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam hal ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Dr Iqbal Munawwir bersama anggota jenteranya meneruskan kesinambungan selaku pemudahcara dengan mengerah keringat turun padang menyampaikan sumbangan dari Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya.

Pelaksanaan sumbangan kali ini dibuat dengan lebih teratur dan konsisten iaitu mengagihkan barangan di blok-blok penempatan awam di samping memastikan setiap peraturan dan SOP yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Kali ini penerima bukan hanya mendapat sumbangan beras tetapi juga disertakan dengan pemberian ikan kepada mereka.
Semoga sumbangan yang diberi akan dapat membantu meringankan beban keperluan dapur yang dirasai oleh mereka dan sama-samalah kita terus amalkan kawalan kendiri dan berdoa agar negara kita kembali sejahtera. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: