Aktiviti & Komuniti

Puteri UMNO Putrajaya Fokus Semarakkan ‘Sumbangan Kasih Ramadan’

PUTRAJAYA – Dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO, Puteri UMNO Putrajaya melaksanakan perjumpaan dengan mengadakan mesyuarat bersama para Ahli Jawatankuasanya.

Antara fokus utama perjumpaan ini adalah bagi memastikan pelaksanaan gerak kerja sepanjang Ramadan berjalan lancar iaitu dengan menyemarakkan Program Sumbangan Kasih Ramadan Puteri Putrajaya.

Dalam pertemuan yang di pengerusikan oleh ketuanya, Jumaitul Laily Zakiah, perbincangan turut dilaksana membabitkan suasana semasa dan isu-isu setempat.

Lebih bermakna apabila Saudari Nurul Amal Mohd Fauzi, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia turut sudi bertandang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Puteri Putrajaya dengan berkongsi pelbagai pengalaman, ilmu dan topik.

Dalam hal ini, Jumaitul Laily Zakian menzahirkan penghargaan dan tTerima kasih juga buat semua pengurusan Puteri, Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian, Ketua-Ketua Puteri Cawangan dan semua Puteri yang terlibat.

Beliau berharap agar setiap anggota kekal istiqamah untuk rapatkan saf, eratkan ukhuwah, bina penyatuan dan jangan berpecah. – UMNOPutrajaya