Aktiviti & Komuniti

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64, Bersama Teruskan Perjuangan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-64 tahun dan mengajak semua untuk terus berjuang.

Dalam hal ini, beliau bukan hanya memfokuskan kepada perjuangan dalam meneruskan kemerdekaan negara tetapi juga dalam mendepani pandemik COVID-19.

“Bersama kita teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara kita… bersama-sama perangi COVID-19 dan teruskan kesepaduan atas permuafakatan demi kesejahteraan masa hadapan,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Dilaporkan, Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan diadakan secara sederhana di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dengan bertemakan Malaysia Prihatin. Acara ini akan berlangsung selama kira-kira 55 minit bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19. – UMNOPutrajaya