Yakini BN/UMNO…Kesan Positif Kerajaan Malaysia Untuk Masa Hadapan

Berlaku perkembangan positif dalam bacaan Bursa Malaysia apabila meneruskan aliran meningkat selepas pertukaran kepimpinan kerajaaan berlaku. Besar kesannya pekembangan politik negara kerana kepercayaan pelabur asing adalah melihat kepada kepimpinan teraju dalam satu-satu kerajaan.

Trend peningkatan ini berlaku apabila PM baharu dilantik dari kalangan pemimpin BN/UMNO berbanding dengan PM dari parti-parti lain.

Petujuk lain keyakinan ini adalah nilai mata wang kita iaitu Ringgit juga mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Alhamdulillah. Ini adalah antara perkembangan yang memberi harapan bahawa sinar baharu akan terpancar untuk rakyat Malaysia.

Ternyata kepimpinan BN/UMNO itu sendiri mempunyai nilai yang sangat besar dan memberi keyakinan kepada para pelabur untuk terlibat atau melabur dalam pasaram di Malaysia. Selepas pelantikan PM dari BN/UMNO, pelabur mula yakin dengan keadaan pasaran negara yang tentunya adalah kerana mereka juga yakin bahawa pentadbiran dari kepimpinan BN/UMNO akan memberi kestabilan … insya-Allah!

Sebenarnya ini bukan hanya cakap kosong tapi berlandaskan kepada bukti-bukti nyata. Lihat sahaja bagaimana ekonomi negara yang kononnya dikatakan ‘baik’ dalam kerajaan tadbiran PH yang hanya bertahan 22 bulan dan juga di bawah PM Mahiaddin Mohd Yassin selama 17 bulan.

Jelas bahawa propaganda/manipulasi/persepsi yang ditaburkan kepada BN/UMNO semasa berkerajaan sebelum PRU-14 adalah fitnah kerana BN/UMNO sentiasa mengutamakan kestabilan politik. Ini kerana politik yang stabil dengan rakyat hidup sejahtera adalah penyumbang besar kepada keyakinan pelabur untuk menanam modal dalam negara yang akan membantu melonjakkan kepesatan dalam pelbagai perkara.

Jika semasa kerajaan PH, pemimpinnya lebih suka berhutang dari negara maju selain menjual aset-aset negara atas alasan kerajaan tak ada duit.

Kejayaan terbesar PH secara keseluruhannya ialah meningkatkan hutang langsung negara sebanyak RM140 bilion dan angka itu tidak termasuk jaminan pinjaman kerajaan sebanyak RM46 bilion.

Dalam kerajaan tadbiran PM Mahiaddin Mohd Yassin pula… COVID-19 adalah alasan paling kukuh yang digunakan sebagai perisai serangan kenapa gagalnya ekonomi dalam negara. Senang cakap ‘pukul rata’ semua industri ekonomi terjejas dalam situasi pandemik ini.

Tak apalah… yang dah lepas jadikan tauladan. Buang yang keruh ambil yang jernih kerana rakyat perlu terus hidup.

Hari ini Kerajaan Malaysia yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah harapan untuk rakyat keseluruhannya. Rakyat percaya dengan kepimpinan dari BN/UMNO yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan krisis. Ruang masa lebih 60 tahun bukan satu tempoh pendek kerana BN/UMNO telah membuktikannya.

Hari ini Rakyat yakin bahawa Kerajaan Malaysia akan dapat menangani masalah kesihatan khususnya pandemik COVID-19, masalah ekonomi, masalah sosial dan keperluan rakyat malah yang utama kestabilan politik amat penting.

Justeru, marilah terus berikan sokongan dengan doa dan harapan bahawa pelbagai krisis yang melanda sebelum ini akan berakhir… InsyaAllah!

 

 

 

 

 

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

%d bloggers like this: