Isu Semasa

Merdeka 64 Tahun – Masa Untuk ‘Rakyat Menguasai Wakilnya’

KUALA LUMPUR – Setelah 64 tahun kita meraikan Kemerdekaan tanah air Malaysia, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil Rakyat membelakangi bukan sahaja Parti Politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka, tetapi juga masyarakat akar- umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu, malah lebih-lebih lagi rakyat yang telah membuang undi untuk Wakil Rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan mereka sebagai wakil Parti Politik dan manifesto yang dijanjikan.

Ramai rakyat mempersoalkan: Apa ertinya mengundi jika Wakil Rakyat boleh memajak- gadaikan mandat rakyat selepas pilihanraya?

Pemimpin generasi saya harus menerima persaingan antara parti-parti Politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat. Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan (Rules of the Game) yang munasabah, dan bukan dicetuskan dari perpecahan Parti Politik yang memudaratkan. Persaingan politik perlu dimurnikan – bukan dihapuskan, ditekan, di isi dengan kebencian ataupun dihuru-harakan. Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda, mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk menjadikan politik sesuatu pilihan kerjaya yang Profesional, yang dihormati dan disegani, bukan dikeji dan dicaci. Tanggapan rakyat terhadap ahli-ahli Politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini.

Saya amat berbesar hati dengan perbincangan di antara Kerajaan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama Blok Pembangkang dan Bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyarankan bahawa bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti adalah untuk memperkenalkan “ ” (Recall Act) di mana pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka. Oleh itu, hak untuk memilih Wakil Rakyat yang baru atau mengekalkan Wakil Rakyat tersebut dikembalikan kepada pengundi.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke – 64, saya Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang berhasrat untuk menghantar suatu notis Usul kepada YDP Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan. Usul RUU yang dicadangkan bertajuk “ – () ” dan saya berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan Pilihanraya Pecat atau “Recall Election” di dalam sidang Parlimen September 2021 ini.

Di samping itu saya juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan “ ” di antara Ahli- ahli Parlimen yang berminat. Ini adalah untuk memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada penyelidikan asal yang dilakukan oleh BERSIH 2.0 yang telah berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat.

,
-,
,
.