Berita

Calon Barisan Nasional Untuk PRN Melaka Diumum

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menamakan calon-calonnya yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan proses penamaan calon, 8 Nov ini.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata dalam PRN itu, UMNO menampilkan 20 calon, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dan ia tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Katanya, BN juga menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi kerana kestabilan amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak.

Berikut senarai calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka:

N01 Kuala Linggi – Rosli Abdullah

N02 Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

N03 Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer

N04 Lendu – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

N05 Taboh Naning – Zulkiflee Mohd Zin

N06 Rembia – Datuk Muhamad Jailani Khamis

N07 Gadek P. Shanmugam V Ptcyhay

N08 Machap Jaya – Ngwe Hee Sem

N09 Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil

N10 Asahan – Fairul Nizam Roslan

N11 Sungai Udang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N12 Pantai Kundor – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim

N13 Paya Rumput – Datuk Rais Yasin

N14 Klebang – Datuk Lim Ban Hong

N15 Pengkalan Batu – Datuk Kalsom Nordin

N16 Ayer Keroh – Yong Fun Juan

N17 Bukit Katil – Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin

N18 Ayer Molek – Datuk Rahmad Mariman

N19 Kesidang – Leong Hui Ying

N20 Kota Laksamana – Benjamin Low Chin HongN

N21 Duyong – Mohd Noor Helmu Abdul Halem

N22 Bandar Hilir – Lee Kah Sean

N23 Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

N24 Bemban – Datuk Koh Chin Han

N25 Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar

N26 Serkam – Datuk Zaidi Attan

N27 Merlimau – Dr Muhamad Akmal Saleh

N28 Sungai Rambai – Siti Faizah Abdul Azis