Aktiviti & Komuniti

Biro Pendidikan UMNO Ceriakan Pelajar Kembali Ke Sekolah

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan yang dibuka kembali secara bersemuka selepas kira-kira enam bulan ditutup berikutan penularan COVID-19 memberikan keceriaan.

Hal tersebut turut diaplikasi oleh Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya dengan meraikan para pelajar menerusi program gunting rambut.

Sebagaimana persekolahan yang dibuka, tentunya ibu bapa mahukan anak-anak mereka kelihatan kemas dan rapi sebagaimana diirealisasikan oleh Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya.

Program ini digerakkan dengan kerjasama dari Sek Men Keb Presint 16 yang turut dihadiri oleh pengetuanya dan juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah terbabit.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang dilaksana akan mampu memberikan kelegaan bukan hanya kepada para pelajar dan ibu bapa tetapi juga kepada pihak pentadbir sekolah. – UMNOPutrajaya