Aktiviti & Komuniti

Meraikan Cucunda ‘Ketua Kampung’, Kesyukuran Dipanjatkan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan kelahiran cucu beliau, Tengku Naira Aqilah dalam majlis kesyukuran dan cukur jambul yang berlangsung meriah di rumahnya.

Beliau yang mengadakan majlis secara sederhana tetapi meriah dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19, telah menjemput kumpulan Marhaban Wanita UMNO Putrajaya.

“Alhamdulillah acara berjalan lancar. Semoga cucu saya Naira Aqilah panjang umur, murah rezeki & menjadi anak solehah penegak agama Islam, Insya-Allah,” katanya.

Tengku Naira Aqilah dilahirkan pada 21 Okt lalu. – UMNOPutrajaya