Back To School Bersama Puteri UMNO Putrajaya
PUTRAJAYA – Program Back to School sesi persekolahan 2022 telah dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya.
Ketuanya, Jumaitul Laily Zakiah berkata, program tersebut melibatkan 40 orang ibu muda yang menerima sumbangan beg sekolah.
sumbangan berupa set lengkap baju dan ka¬sut, beg sekolah, alat tulis, topeng muka serta pembersih tangan itu bertujuan untuk membantu pelajar lebih bersedia dan bersemangat bagi memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.
“Moga dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan ibu-ibu muda Putrajaya dalam melengkapkan keperluan anak-anak, justeru dapat menguatkan lagi UMNO Putrajaya dalam mendekati wanita muda,” katanya.
Dalam kenyataan media sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.
Ini berikutan sesi persekolahan Penggal ketiga sesi tahun 2021 dijadualkan semula susulan pandemik, ekoran penangguhan yang bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.