Aktiviti & Komuniti

Perkasakan Sahsiah Dari Alam Persekolahan, UMNO Putrajaya Raikan Kecemerlangan Pelajar

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus meraikan kecemerlangan para pelajar dengan kehadiran Naib Ketua UMNO Bahagian merangkap Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Putrajaya, Senator Datuk Hisamudin Yahaya yang telah menyempurnakan Majlis Anugerah Bitara Gemilang & Karnival Citra Kecemerlangan Kokurikulum dan HEM Peringkat Sekolah bagi tahun 2023.

Program tersebut telah berlangusung di Sekolah Menengah Kebangsaan P16 (1), di sini, hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan bahawa usaha memperkasakan sahsiah terpuji dengan penekanan dalam bidang akademik dan kokurikulum perlu seiring dengan faktor nilai-nilai agama dan moral sebagai pegangan untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran.

“Para pelajar perlu aktif dalam kokurikulum dan HEM kerana ia medan untuk mengasah bakat, memperkuatkan kepimpinan, dan memupuk semangat kerjasama kerana ia amat membantu apabila melangkahkan kaki ke universiti kelak.

“Kokurikulum bertujuan menyemai semangat kerjasama dan memupuk kesedaran murid terhadap pentingnyaperpaduan dalam kalangan murid dan guru manakala aktiviti jualan dan ‘booth’ permainan dapat membentuk kerja berpasukan, jalinan kerjasama serta menyokong program anjuran sekolah,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan taniah kepada anak-anak Putrajaya yang telah melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

“Tahniah buat murid- murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta para guru di SMK P16 (1) atas kesungguhan mendidik anak bangsa dan membimbing mereka sehingga berjaya.”

Majlis turut dihadiri Insp. P. Linggeswaran, Pegawai Perhubungan Sekolah, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, IPD Putrajaya, YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 16(1), Mohd Zahari Md. Zakaria dan Pengetua SMK Putrajaya Presint 16(1), En Kamaluddin Mohd Kassim. – UMNOPutrajaya