Stoking Tertera Kalimah Allah… Teruskan Boikot!!!
1. Terima kasih Pemuda MCA atas pandangan. Dan sudi ambil berat isu ini. Apa pun, Pemuda MCA juga mengakui isu ini sangat mendukacitakan dan melukakan hati orang Melayu & Islam di negara ini. Kalau MCA sendiri boleh sedar & faham perkara itu, apatahlagi Pemuda UMNO & orang Melayu keseluruhannya.
2. Kita menegaskan bahawa PEMUDA UMNO adalah pejuang barisan hadapan orang Melayu, Bumiputra dan orang Islam negara ini. PEMUDA UMNO tidak bertuankan sesiapa. Ketaatan dan kesetiaan hakiki PEMUDA UMNO adalah kepada rakyat, yang mana majoritinya adalah kaum Bumiputra.
3. PEMUDA UMNO mewakili sentimen orang Melayu/Islam terbanyak di negara ini. Apa yang kita suarakan adalah suara hati dukacita orang Melayu.
4. Kepada PEMUDA MCA, DAP dan semua pihak lain, anda semua telah berada dalam negara ini lebih 60 tahun. Sepatutnya faham dan boleh menghayati bahawa kedudukan nama Allah dan kesuciannya ini adalah suatu isu yang tidak ada tolok bandingnya.
5. Maka, jangan ambil mudah dan meremehkan. Jangan bermudah-mudahan.
6. Kita nasihatkan MCA, DAP dan pihak lain, turun ke bawah. Jumpa orang Melayu/Islam dan tanya perasaan mereka.
7. Isu ini sebenarnya bukan isu orang Melayu/Islam sahaja. Sebaliknya, disebabkan apa yang belaku, ia merosakkan hubungan kaum-kaum di Malaysia. Islam adalah Agama Persekutuan negara kita. Maka isu penghinaan ini adalah isu semua rakyat Malaysia.
8. PEMUDA UMNO sentiasa bertenang. Kita tidak minta rakyat merusuh. Kita ambil jalan yang selaras dengan undang-undang.
9. Tetapi, isu ini mesti ada pertanggungjawaban. Pihak KK Mart mesti dipertanggunjawabkan.
10. Untuk kesalahan yang begitu serius ini, dengan kesan yang begitu besar, takkan pula satu permohonan maaf sudah menyelesaikan segala-galanya.
11. Kalau begitu, kita menyampaikan mesej yang salah dan sangat merbahaya kepada rakyat di negara ini.
12. Kita minta boikot kalau benar-benar KK Mart masih sombong dan enggan penuhi tuntutan.
13. Untuk pihak KK Mart, senang sahaja. Yang kita mahukan adalah keseriusan mereka memohon maaf. Maka, kalau mereka betul-betul insaf dan kesal, buatlah seperti yang dituntut.
14. Akhir kata, PEMUDA UMNO memegang pesanan Buya Hamka. Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.
DR AKMAL SALEH
Ketua Pemuda UMNO
You must be logged in to post a comment.