Tengku Adnan Zahir Ucapan Selamat Hari Guru, Hargai Jasa Pendidik Negara
PUTRAJAYA — Bendahari UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.
Beliau berkata, guru-guru merupakan insan yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membentuk akhlak serta membina masa depan anak bangsa.
“Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan demi melihat anak didik berjaya,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Guru.
Menurutnya, jasa dan dedikasi para guru wajar dihargai kerana mereka memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing. – UMNOPutrajaya


