Isu Semasa

RCI – TH, UJSB Ibarat Tikus Membaiki Labu

Seperti apa yang saya dedah dan maklumkan sejak dari awal lagi dan kini terbukti selepas mengikuti pembentangan dan pendedahan berfakta dari 2 TS iaitu TS Mohd Irwan Siregar Mantan KSP dan TS Madinah Mohd Mantan KAN berhubung RCI TH. Apa yang boleh saya rumuskan UJSB yang diwujudkan oleh Mantan Menteri Kewangan PH 1.0 Lim Guan Eng ibarat “tikus membaiki labu” dan masalah dan punca sebenar.

Alhamdullilah, RCI TH yang didedahkan 3 hari sebelum PRN N9 bersifat “political motivated” kini menyaksikan lebih banyak mudarat yang dilakukan oleh PH1.0 berbanding era BN. Ia seperti satu jari menunjuk ke “mangsa” tetapi 4 jari lain menuding kembali kepada pihak yang membuat tuduhan.

Objektif dan misi UJSB telah gagal dengan menghasilkan tambahan beban dan hutang berbilion ringgit. Sukuk yang diterbitkan untuk UJSB telah menjadi beban kerajaan dengan hutang/obligasi, liabiliti dan komitmen terkumpul sebanyak RM25.85b berbanding hanya RM11.44b aset terkumpul UJSB. Jika dicairkan sekarang aset vs liabiliti, UJSB masih menanggung defisit sebanyak RM14.41b. 2017 – TH defisit RM4.1b, 2025 UJSB defisit RM14.41b. Dalam erti kata lain UJSB tingkatkan hutang sebanyak sebanyak RM10b dalam masa 7 tahun sahaja. Ini angkara siapa?

Akhir kata, RCI TH seperti “elephant in the room”. Yang nampak hanya bilik kosong, kehadiran gajah sengaja diabaikan seperti ianya tidak wujud. Itu yang sedang berlaku bagaimana kaedah kapitalis jahat yang sering dikaitkan dengan taktik “crony capitalism”, “vulture capitalism”, atau “predatory capitalism” bagi menghancurkan ekosistem perniagaan TH yang dimiliki oleh orang Islam di dalam negara kita. Wallahuallam.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.